Thursday, November 15, 2012

tembakkan doa untuk saudara kita!



awal Muharram,aku sambut dengan perasaan gembira 
tanpa sedar ada jiwa yang sedang menderita
tanpa sedar ,ada saudaraku yang menyambut tahun baru ini
 dengan bunyi letupan,bedilan,dan tembakan

tanpa sedar ada bumi saudaraku di sana yang dilimpahi  titisan darah yang masih panas
darah yang pasti akan mengalir ke syurga nanti,Insyaallah
 ada saudaraku yang kehilangan keluarga
ada saudaraku yang telah pun syahid di medan perang 
Allahu Akbar!

tanpa sedar saudaraku di sana ada yang  sedang berjuang
berjuang bukan kerana nama,pangkat,wang dan kuasa,
tetapi mereka berjuang kerana mendambakan syahid yang menjanjikan syurga
mereka merindukan al-firdausi:(

tabah saudaraku,tabah!
 jangan kamu sesekali mengira orang2 yang gugur di jalan Allah itu mati;sebenarnya mereka itu hidup,di sisi Tuhannya mendapat rezeki(3;169)

saat bumi Beijing basah dengan ttisan2 air hujan rahmat ini,
aku ingin tembakkn doaku untuk  seluruh saudaraku di sana


"Ya Allah! sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang.Begitulah juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami.Wahai Tuhan kami! kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan?kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Agung...

Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu...Wahai Tuhan Yang Maha Mulia,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Berkuasa,Yang Maha Menguasai,Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! perturunkanlah azabMu  terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka dalam menghancurkan orang-orang Islam..Wahai Tuhan yang pada tanganNya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan diriNya tidak berubah! sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam.kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya,serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya,,,dengarlah doa kami Ya Allah...
Amin ya Rabbal'Alamin



p/s:  please doakan untuk saudara kita semua........





No comments:

Post a Comment