Thursday, November 1, 2012

tAdabbur surah an-nasr





terjemahan: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha          
          Penyayang
          
          (1)Apabila telah datang pertolongan Allah dan 
             kemenangan
             -when the victory of Allah has come and conquest
          (2)Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan 
             berbondong-bondong
             -and you see the people entering into the region 
              of Allah in multitudes
          (3)Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah 
             ampun kepada-Nya.sesungguhnya Dia adalah Maha 
             Penerima Taubat.
             -then exalt(Him)with praise of your Lord and 
              forgiveness of Him indeed,He is ever Accepting of 
              repentance


surah ini merupakan surah yang ke-110 dalam al-quran yang mengandungi 3 ayat sahaja tapi mempunyai maksud yang sungguh mendalam.malam ini aku mendapat satu cerita dari akak naqibahku:)

semasa turunnya surah ini,umat islam sangat gembira sambil mengucapkan syukur tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas kemenangan besar umat islam pada masa itu.
tetapi di sebalik kegembiraan umat islam itu,ada beberapa orang sahabat Baginda saw memahami dan menyedari ada makna tersirat daripada tersurat.
dan kebanyakan orang lain tidak memahami makna tersirat itu.

Saidina Umar al-Khattab adalah antara sahabat yang menyedari tentang perkara ini lalu mengumpulkan para sahabat besar yang lain ke suatu tempat untuk berbincang perkara ini.Saidina Umar juga telah menjemput Abdullah bin Abbas yang mana pada ketika itu Abdullah bin Abbas masih muda tapi mempunyai ilmu yang mendalam tentang islam.Beliau merupakan anak saudara Rasullulah dan Rasullullah telah mendoakan beliau dengan kefaqihan dan memahami al-quran.
Ada di antara sahabat bertanya "mengapakan kamu mendatangkan budak ini?"..Saidina Umar menjawab "beliau mempunyai ilmu yang tidak terfikir oleh kamu semua" ..

kemudian Saidina Umar bertanya kan kepada para sahabat "apakan pandangan kamu terhadap surah an-nasr?" ..
kebanyakkan sahabat menyatakan islam telah menang,islam akan menguasai dunia,
orang ramai akan berbondong-bondong masuk kepada islam..
kemudian Umar berpaling ke arah Abdullah bin Abbas dan menanyakan kembali soalan yang sama...beliau menjawab "aku melihat tentang surah ini ialah menandakan  bahawa Rasululullah saw akan wafat,tanda bahawa telah sampai ajal nabi saw,kerana tugas nabi saw sudah selesai dan islam sudah sempurna"

para sahabat yang mendengar kata-kata beliau terus berasa takjub dan terpegun lalu semuanya berasa sayu dan sedih dengan makna tersirat daripada surah ini.
semuanya menangisi mengenangkan Rasullullah akan meninggalakan mereka:(


tanda kecintaan terhadap Rasulullah:


setelah sampai berita kewafatan Rasulullah ke telinga Saidina Umar al-Khattab,beliau tidak mempercayai lalu dengan tidak sengaja beliau telah menghunuskan pedang nya  lalu berkata "...siapa sahaja yang menyatakan Rasullullah wafat akan aku penggal kepala nya! "

keadaan yang suram tiba2 bertukar menjadi tegang dengan nyaringan suara beliau bersama keliaun sakti pedangnya.gaya seorang pahlawan yang memendam kerinduan dan menzahirkan ketaatan kepada sahabat tercintanya,Rasulullah saw.
suasana yang tegang itu di tenangkan oleh Saidina Abu Bakar r.a.

"wahai Umar!sekiranya kamu menyembah Allah,maka Dia yang Maha Hidup(tidak akan mati)...sekiranya kamu menyembah Muhammad bin Abdullah maka sesungguh nya dia telah mati..." Saidina Abu Bakar cuba memadamkan api kemarahan dan keegoaan Saidina Umar.

mendengar ungkapan sahabat nya itu,beliau terus tunduk akur pada suratan ketentuan Allah s.w.t..mengakui bahawa cinta Allah pada baginda lagi tinggi pada cintanya kepada baginda s.a.w..


p/s: sebenar nya kewafatan Rasulullah bukan bermakna pengakhiran tetapi permulaan
      Rasulullah sangat menyanyangi umat-umat nya..TAPI.......

adakah kita ingat dan cinta pada baginda?
adakah kita bersyukur dengan kahadiran baginda?
bagaimana kita menzahirkan cinta pada baginda?
bagaimana kita mensyukuri kahadiran baginda di dunia ini?
adakah cukup dengan kita hanya mengingati baginda pada suatu hari dalam bulan Rabi'ul Awal untuk melayakkan diri kita bergelar umat baginda s.a.w?
      
    lemah nya kita...............
  dalam 3 ayat nie aku tersentuh dengan ayat yang pertama saat akak naqibah aku memberikan takzirah malam xd.

"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan"

kita boleh lihat kan islam macam mana sekarang..dengan khalifah nya tidak ada.
tapi Allah menjanjikan yang islam akan bangkit kembali tetapi bila,lambat,cepat ..Dia yang menentukan semua nya .
tapi.........siapa yang akan menbangkitkan kembali islam itu?

adakah kita ingin menjadi tiang kepada kebangkitan itu?

adakah kita ingin menjadi pemerhati sahaja?


ermm...banyak sangat2 kelemahan kita lagi kan.tapi tidak salah kalau kita perbetulkan nya sedikit demi sedikit..aku bukan ustazah,tapi aku bercerita berdasarkan ilmu-ilmu yang aku dapat(^_^)

p/s:basahkan lidah dengan ayat-ayat Nya,cuba memahami maksud-maksud di sebalik     ayat Nya..
biar kita gagap membaca al-quran,jangan kita gagap menjawab pertanyaan Nya di nanti(^_^)

                   

No comments:

Post a Comment