Tuesday, November 13, 2012

kiNi aKu meNgerTi


bismilahhirahmanirahim..

matahari sudah mula mahu sembunyikan diri nya dari bumi Beijing walaupun  jarum jam aku baru sahaja mengajak ke angka 4;30 pm..cepat je sang matahari memberi peluang kepada sang bulan untuk memunculkan dirinya pula..dan hari ini ,alhamdulilah aku masih boleh bernafaz dan masih boleh menconteng wall aku nie:)

da setahun lebih Allah hantar aku untuk menuntut ilmu di sinie..bukan sahaja ilmu dunia aku dapat,tapi yang penting ilmu akhirat jugak aku dapat...sambil menyelam minum air orang kata..hehe..tapi nasib baik aku menyelam sambil minum air tuu tak menyebabkan aku lemas..huhu..ermmm...dulu kan aku tidak faham lansung kenapa lah Allah hantar aku untuk belajar dekat sini..kenapa tidak hantar aku ke London ke,Paris ke ..bangga cikit kan..nie China..tak pernah aku dengar orang belajar kat China nie.
tapi Allah itu Maha Mengetahui..dan dekat bumi yang aku kurang suka ini lah aku mula jatuh cinta dengan USRAH

dahulu aku antara orang yang paling tak suka lah USRAH nie.bukan apa,masa berada di sekolah menengah dulu ada jugak usrah2 nie bagai.tapi aku rasa sangat lah membosankna! lansung tidak membina!
apatah lagi "usrah" ketika itu adalah untuk mem-brainwash junior tentang kekuasaan dan ketinggian serta kemulian senior.memang aku tak suka lah..aku tidak dapat apa-apa pun sepanjang sesi usrah di sekolah dahulu......oleh itu...aku menjadi agak alergi dengan perkataan usrah..sebelum aku datang ke Beijing nie ,aku stalk la beberapa profile akak-akak dekat sini dan aku tengok dieorang semua macam pengikut2 usrah je.."malasnya aku nak datang beijing ,nanti ada usrah lagi lah tu" detik hati aku waktu itu.
aku da mula buat muka cekodok labu penyet ketika mendengar perkataan usrah dek menyampah dengan 'bau-bau kealiman'..itu mungkin hanyalah perpepsi jahiliyah,yang dipropagandakan oleh ahli-ahli Persatuan Anti Usrah(PAU).

sehinggalah ,aku menjejakkan kaki ke bumi Beijing,Chine nie..aku dan rakan-rakan aku yang lain di sambut baik oleh akak-akak di sini..dieorang bawak kteorg pergi makan2,beli barang2 keperluan,jalan2..slow2 dieorang tawan hati kteorang dekat sini..sehingga lah pada malam 22 DEC 2011 ,aku dilamar!!!




alhamdulilah aku terima lamaran dari akak Husna Rahman itu:) .. dan sejak dari hari itu aku mempunyai keluarga yang baru,keluarga yang dinamakan USRAH..banyak da program yang diadakan di sini,yang aku tidak pernah dapat dari sesiapa pun di Malaysia tuu even ustaz and ustazah aku selama nie.selama ini aku merasakan usrah itu tidak penting pown,dan orang yang menyertai usrah itu adalah orang yang berlagak baik dan kolot.tidak cukup ke dengan kita menunaikan rukun islam dan rukum imam itu??
ya!! memang tidak akan cukup la wahai sahabat2 ku semua..kerana sepertimana keluarga,yang terdiri daripada ibu bapa dan anak2,merupakan batu-bata dalam masyarakat ,,begitulah usrah menjadi batu-bata dalam DAKWAH.,mereka sentiasa bersama kita umpama kanak-kanak riang yang berjaya mengharungi ujian yang sukar,yang menjadi seorang wira yang gagah pada waktu kegagalan,yang memujuk dan meniupkan kepada kita roh2 harapan dan impian yang tinggi,,

keluarga yang dinamakn usrah ,membawa bersamanya segala pengertian yang memelihara dakwah dari segi taaruf(perkenalan),tafahun(memahami) dan takaful(bantu-membantu)..semakin bertambah kekuatan elemen-elemen(rukun usrah) ini ,semakin teguhlah ikatan-ikatan usrah...

"dan berpegang teguhlah kamu semua nya pada tali(agama) Allah 
janganlah kamu bercerai-berai..." (al-imran:103)

taaruf:
beerti mengenali nama sahabat,pekerjaan ibu bapanya,nama saudara-saudaranya berserta keadaan mereka dan juga bidang pengajian@kerjaya mereka.tujukan soalan yang berkisar tentang kehidupan dan masalah-masalah setiap ahli usrah dari semasa ke semasa agar nasihat dan bimbingan yang dapat diberikan bersesuaian dengan perkembangan terkini..kalau ada peluang pergi ke rumah ahli usrah lagi bagus kerana kita bukan sahaja boleh rapat dengan ahli usrah tetapi boleh jugak rapat dengan family setiap ahli..sehinggakan,kemesraan dan kecintaan yang terjalin menyebabkan semua merasakan diri mereka sebahagian daripada sebuah usrah(keluarga) yang sebenar...kan Allah ada berfirman 
"wahai manusia!sungguh ,Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.."  (al-hujurat:13)


tafahun:
maksud nya ialah mengetahui keperibadian setiap ahli usrah secara lengkap dari segi keistimewaanya mahupown keburukkannya.sehinggakan,..semua dapat memberikan nasihat antara satu sama lain dengan penuh kemesraan dan kecintaan:) @ lebih tepat lagi kita boleh kata sesi curahat..seorang akh perlu berbicara dengan saudaranya ,ambil tahu keperluan@kebimbingannya,dan cuba untuk membantu dengan niat yang tulus.sehingga jika dirinya ditimpa kesusahan,dia akan terus menuju kepada saudara-saudara usrahnya untuk berkongsi cerita dengan harapan kebimbangannya akan hilang dan semakin ringan bebannya dengan izin Allah S.W.T ..dan Rasulullah S.A.W pernah bersabda  "agama adalah nasihat"kami bertanya: "kepada siapa?" Baginda S.A.W menjawab: "kepada Allah,kitab-Nya,Rasul-Nya,para pemimpin kaum Muslimin dan rakyatnya"


takaful:
maksud nya sama dalam krisis kebendaan dan kejiwaan dan beriniasiatif untuk segera membantu akh sebelum dia meminta pertolongan .perkara nie sangat penting dan memerlukan kepada perasaan yang halus dan pengetahuan tentang ahli usrah secara berterusan(^_^)..Rasulullah bersabda "orang yang berjalan kerana memenuhi keperluan saudaranya lebih baik(pahalanya)daripada beriktikaf di dalam masjidku ini selama sebulan"


ermm..ermm..aku rasa kesalahan yang dilakukan oleh senior-senior aku time sekolah dahulu @ orang ramai sekarang ialah tidak menamalkan asas2 kepada usrah itu sendiri dan mekanisma rutin dalam usrah itu sendiri hanya sakadar sebuah agenda tsaqafi(teori) dan perbincangan ilmiah tanpa mengambil kira tautan hati dan kebersamaan anggota di dalam keluarga itu ..memang la terdapat kepentingan agenda tsaqafi dan komponen pendidikan dalam dakwah,tapi kegagalan dalam usrah terjadi bila terdapat kerenggangan hubungan di antara ahli-ahlinya dan tak ada rasa kesatuan dan kebersamaan ibarat satu jasad yang tidak boleh terpisah dalam apa jua keadaan..macam aku dahulu lah..sebab itu time usrah dekat sekolah dahulu aku selalu nak lari@ponteng je...:P

erm..usrah sendiri adalah metode tarbiyah Rasulullah S.A.W..inilah metode yang membuka jalan seluas-luasnya kepada para sahabat R.A untuk menjadi generasi al-Quran yang terbaik, yang kita dapat sehingga kini.bak kata pengetua sekolah dahulu,menjadi Cream of The Crop

kita nak berubah bukan nya senang kan...begitu jugak dengan aku sendiri..tapi bila ada nya support system dan juga persekitaran (biah) ,ia dapat membantu kita untuk terus istiqamah dan lebih baik lagi dalam melakukan paradigma dalam diri kita ini:)..susah kowt bagi kita untuk bertistiqamah dalam melakukan perubahan ini sendirian..perubahan itu sendiri memerlukan mujahadah yang amat luar luar biasa tingginya,apatah lagi kita mahu beristiqamah di dalamnya kan.mestilah memerlukan kekuatan yang amat apuh..

so ,,,perubahan@langkah kita untuk mendekatkan diri kepada Nya memerlukah halaqah iman@usrah yang mampu menghaluskan hati dan sentiasa membawa diri kita kembali kepada Allah,insyaallah(^_^)
Syed Qutb pernah berkata "hati manusia itu cepat berubah-ubah dan cepat lupa.cahaya meliputi hatinya sehingga berkilau sepeti sinar .namun,apabila tidak di gosok dengan peringatan @ takzirah ,ia akan kusam ,mengeras dan hilang kilauannya menjadi gelap dan hitam .Oleh itu,perlulah adanya peringatan bagi hati untuk selalu ingat dan khusyuk.ia harus selalu ditempa sehinggga tetap halus dan berkilau"

alhamdulilah,..aku di hantar di sini bukan sahaja di hantar belajar term2 bahasa@budaya orang dekat sini
tetapi aku di hantar oleh Engkau juga untuk mengenali semua ini(^_^)

sempena menyambut Awal Muharram ini,tidak salah kalau kita melakukan sedikit penghijrahan dalam diri kita kan..:)


Allah menyatakan dalam ayat Nya :


katakanlah"tidak sama yang buruk dengan yang baik,meskipun banyaknya yang buruk itu
menarik hatimu,maka bertakwalah kepada Allah hai orang2 berakal,agar kamu mendapat keberuntungan"
   al-maidah:100




2 comments: