MASYAALLAH....kejadian-kejadian yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun dicatat oleh Allah dengan terang lagi jelas lagi tu dalam Al-Quran tapi selama nie aku tidak pernah perasaan tu semua sebab tidak pernah menghayati isi kandungannya dengan betul2 ..subhanaallah lalai nya aku selama nie..
hari ini jom sama-sama kita lihat terjemahan disebalik ayat itu
{Al-Isra':4} Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam kitab itu "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi(Palestine) DUA KALI ,dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.
{ Al-Isra':5} Maka apabila samapai masa janji(membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dan dua itu,Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang perkasa,lalu mereka merajalela di kampung-kampung.Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.......(**kisah pembebasan BaitulMaqdia oleh pahlawan Islam agung ,Salehuddin Al-Ayubi)
{ Al-Isra':6} Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka,dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak,serta
Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya,
{ Al-Isra':7} Jika kamu berbuat kebaikan ,(maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan ,maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga..Oleh itu,apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami bangkitkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa) ,sebagaimana ketika mereka memasukinya KALI YANG PERTAMA ; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai,dengan sehancur-hancurnya.
setelah menghayati makna2 ini semua ,baru lah aku faham..aku yakin tentera Al-Qassam(Palestina) sedikit pun tidak akan gentar malah seyakin-yakinya dengan janji-janji Allah di mana BaitulMaqdis akan dibebaskan buat KALI KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar,dan Israel akan diberikan penghinaan@kemusnahan yang selayaknya seperti ayat 7 itu..Insyaa Allah kemenangan milik Islam..kita berdoalah agar kita turut sama syahid dalam memperjuangkan Islam..Insyaa Allah
No comments:
Post a Comment