Saturday, November 3, 2012

it SNOWING in RAINING!!!

6.00am



"sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesedaran bahawa) kerajaan (bumi dan segala isinya) ini adalah milik Allah,tiada sekutu bagiNya tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"


alhamdulilah
alhamdulilah
alhamdulilah

saat aku dikejutkan kembali pagi ini
ungkapan itu sahaja yang aku mampu ungkapkan
pagi ini aku dihadihkan oleh Mu satu pemandangan yang sangat cantik
terima kasih Ya Allah!!..
and good morning winter!!




semalam Engkau turunkan hujan tanpa henti
yang memberi seribu rahmat kepada kami
tapi dalam hujan  Engkau turunkan sedikit salji
tersenyum aku melihat kebesaran Mu


aku mahu dosa-dosa aku gugur
seperti Engkau gugurkan daun-daun itu di musim luruh
bolehkan??
Allahhuakhar..:(


aku terjaga pagi ini
Engkau telah menunjukkan lagi kebesaran Mu
winter in autumm,

Allah,
Maha Pengasih Maha Penyayang
aku sangat menghargai hadiah November ini,
aku tidak mahu ia hilang dari pandanganku
aku hanya mahu duduk di tepi tingkap
melihat keindahan ciptaan Mu
jika aku bisa........

"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis;
engkau tidak dapat melihat  sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih 
(jika engkau ragu-ragu) 
maka ulangilah pandangan(mu) sekali lagi(dan) sekali lagi,niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanapa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih"
#al-mulk:3-4#

terima kasih Penciptaku,
menemui aku dengan keindahan ciptaanMu dan ayat-ayat manis Mu di pagi November ini(^_^)







No comments:

Post a Comment